Kadar Tol Naik, Rakyat Digalakkan Guna Bas
KUALA LUMPUR, 12 Oktober: Penyelarasan kadar tol bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan lebuh raya antara bandar.
Selain itu, kadar tol untuk bas akan kekal seperti mana sekarang dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, terutamanya bas yang akan menjadi satu lagi opsyen mod pengangkutan ke destinasi masing-masing serta mengurangkan aliran trafik atau kesesakan ke pusat bandar.
Menurut Kementerian Kerja Raya, kerajaan juga telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya yang layak mendapat kenaikan tol sejak tahun 2008 sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat
.
Kadar tol baharu. Sumber foto : bharian.com.my
“Oleh itu,kerajaan telah membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terlibat sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi.
“Jumlah pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan dari tahun 2008 hingga 2013 adalah sebanyak RM1,108.91 juta manakala bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM402.99 juta,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, memandangkan pembangunan lebuh raya dibiayai oleh syarikat konsesi, kadar tol perlu dikenakan kepada pengguna untuk membolehkan syarikat tersebut menyelenggara lebuh raya tersebut untuk keselesaan dan keselamatan para pengguna.
Dalam hal ini, katanya, kadar tol yang dikenakan adalah berdasarkan user pay di mana kadar tol dibayar adalah mengikut jarak perjalanan pengguna.
baca selanjutnya - therakyatpost
No comments:
Post a Comment