Monday 12 October 2015

Jutawan Dihalau Isteri, Jadi Gelandangan Di Depan Rumah Sendiri


Sharafat Khan, Ketua Pengarah Eksekutif sebuah syarikat perusahaan yang berusia 69 tahun merupakan seorang jutawan telah dihalau isterinya dari rumah sejak enam bulan lepas. Dia terpaksa hidup secara gelandangan di luar rumah sendiri yang tersergam indah di Texas, Amerika Syarikat (AS).
Walaupun menerima pelbagai bantuan daripada jiran tetangga dan ahli keluarga, namun isterinya telah memberi amaran kepada sesiapa yang cuba membantu Sharafat. Beliau juga berkeras untuk tidak meninggalkan rumah yang dikatakan miliknya. 

Isterinya Shahnaz Khan, 61 tahun seorang doktor didakwa telah merampas kunci dan mengunci semua pintu selain menukar mangga kediaman mewah itu walaupun rumah agam yang berharga berjuta-juta ringgit itu milik mereka berdua.

Menurut kenyataan yang diberi kepada Portal Oddity Central, Sharafat berkata, "Saya tidak mahu keluar dari rumah saya, ini bukan rumah isteri saya sahaja sebaliknya rumah saya juga. Kami bertengkar tentang isu keluarga sehingga saya dihalau keluar dari rumah". - CARI Infonet 

No comments:

Post a Comment