Tuesday 13 October 2015

‘Dia terlalu cantik untuk dipandang’

loading..Seorang gadis remaja di China menjadi topik perbualan di internet bila bertindak melakukan pembedahan plastik demi untuk memenangi hati bekas kekasihnya kembali.  

Lee Hee Danae, 15, mentransformasi dirinya menjadi anak patung Barbie hidup demi merealisasikan hasratnya itu.

Dia dikatakan melakukan pembedahan bagi mencantikkan lagi bahagian rahang, dagu dan matanya.

Lee yang berasal dari Wilayah Henan memuat naik gambarnya ke laman sosial Weibo dan pengikutnya kini mencapai kira-kira 400,000 orang.

Tidak dapat dipastikan jika usaha Lee ini membuahkan hasil atau jika bekas teman lelakinya mahu kembali ke pangkuannya, namun ramai pengikut di laman berkenaan memberi komen yang Lee "terlalu cantik untuk dipandang."
Ramai pengikutnya di laman berkenaan memberi komen Lee "terlalu cantik untuk dipandang".
Sesetengah pengikutnya pula mengibaratkan Lee seperti 'semangat ular' yang merupakan sebuah kisah legenda rakyat China.

Pembedahan plastik, khususnya pembedahan pada bahagian kelopak mata dan rhinoplasty amat popular di China.

Pembedahan lazimnya untuk membuat struktur wajah kelihatan tirus di mana ia merupakan lambang kecantikan wanita di negara itu.
Lee memuat naik gambarnya di laman web Weibo dan kini punya 400,000 pengikut

sumber: astro awani

No comments:

Post a Comment