Tuesday, 13 October 2015

Berbulan madu di Langkawi, manjanya Abby bersama suami


Bekas penyanyi anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dan suaminya Muhammad Faizal Zakaria telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi berbulan madu.
Malah Abby juga telah memuat naik beberapa keping foto percutian mereka di akaun Instagramnya  pada Isnin khas buat tatapan peminat.
Foto yang berlatar belakangkan pemandangan indah di Pulau Langkawi itu jelas menunjukkan bahawa pelakon tersebut sedang meniti hari-hari bahagia bersama suami tersayang.
Selain itu, ruangan komen foto-foto tersebut juga dipenuhi dengan ucapan peminat yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut.
Di sini Astro Gempak ingin berkongsi foto-foto menarik berbulan madu Abby dan Jai yang diambil menerusi Instagram mereka.Terdahulu, Abby dan Jai selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos lalu.
Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Abby kemudiannya menyulam cinta dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar, 25, dan berkahwin pada Julai 2003. Namun jodoh mereka tidak panjang dan pasangan ini bercerai pada Jun tahun lalu.
 sumber: astro awani

No comments:

Post a Comment