KEJADIAN INI BBRP TAHUN LEPAS DI YAN KEDAH
Wednesday, 14 October 2015
SUNGAI PETANI, 14 Okt: Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila terpelanting setelah beg udara kereta yang dipandu oleh abangnya mengembung sewaktu kereta terbabit terlanggar bonggol.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Nur Khyra Amira Azman, 8, bersama dua abangnya yang masing-masing berusia 12 dan 17 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mereka membeli barang di Bandar Puteri Jaya.
Abang mangsa, Along, berkata Khyra duduk di tempat duduk penumpang hadapan disebelahnya dan menyandarkan mukanya di papan dashboard dimana beg udara itu berada.
Adiknya yang berusia 12 tahun pula berada di bahagian belakang.
Menurut ALong, setelah kereta itu terlanggar bonggol terbabit, dia terus menekan brek dan beg udara di dua tempat duduk hadapan kereta mengembung dan terkena adiknya.
"Sebaik kereta berhenti, saya terkejut apabila Khyra tiada di tempat duduknya. Saya keluar dari kereta untuk mencarinya kerana menyangka Khyra tercampak keluar, tetapi menemuinya terperosok di ruang bawah tempat duduk belakang pemandu.
"Dalam keadaan panik, saya memanggil Khyra beberapa kali, namun adik tidak menyahut. Saya mengangkatnya keluar sebelum dua lelaki datang membantu dan menghantarnya ke rumah dengan menaiki motosikal," katanya memetik laporan BHOnline.
Khyra dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim tetapi disahkan sudah meninggal dunia. -Siakapkeli.my

Tuesday, 13 October 2015
MAKANAN TERLAJAK PELIK
INDONESIA -Bagi yang mementingkan kesihatan - Telur semut yang kaya dengan protein, penuh dengan vitamin, rendah lemak, dan yang penting dari sumber semula jadi.
Penternakan semut: tetapi tidak ramai orang di dunia bagaimana semut di ternak untuk mendapatkan telurnya.
Walau bagaimanapun perniagaan semakin pesat membangun untuk penternakan semut di Indonesia, dengan permintaan pasaran tempatan untuk semut dan telur mereka di Indonesia pada paras paling tinggi.
Penternak boleh menghasilkan 300 pound telur dan beratus-ratus ribu semut sebulan. Ianya kemudian dibungkus dan diedar ke pasaran tempatan di Bogor, Indonesia, di mana permintaan adalah tinggi. Telur-telur semut merupakan makanan alternatif yang kaya dengan protein dan vitamin.
Ianya boleh digunakan dalam pelbagai resipi - sesetengah orang mendidihnya di dalam sup - '.
Satu lagi cara yang popular untuk menggunakannya adalah dengan meletakkan beberapa sudu dalam salad dan campurannya ke dalam daun.
Semut menjadi sebahagian daripada hidangan dalam pelbagai budaya - semut honeypot yang digali dari tanah dan dimakan mentah oleh orang asli di Australia.
Bekas penyanyi anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dan suaminya Muhammad Faizal Zakaria telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi berbulan madu.
Malah Abby juga telah memuat naik beberapa keping foto percutian mereka di akaun Instagramnya pada Isnin khas buat tatapan peminat.
Foto yang berlatar belakangkan pemandangan indah di Pulau Langkawi itu jelas menunjukkan bahawa pelakon tersebut sedang meniti hari-hari bahagia bersama suami tersayang.
Selain itu, ruangan komen foto-foto tersebut juga dipenuhi dengan ucapan peminat yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut.
Di sini Astro Gempak ingin berkongsi foto-foto menarik berbulan madu Abby dan Jai yang diambil menerusi Instagram mereka.Terdahulu, Abby dan Jai selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos lalu.
Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Abby kemudiannya menyulam cinta dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar, 25, dan berkahwin pada Julai 2003. Namun jodoh mereka tidak panjang dan pasangan ini bercerai pada Jun tahun lalu.
sumber: astro awani
‘Dia terlalu cantik untuk dipandang’
Seorang gadis remaja di China menjadi topik perbualan di internet bila bertindak melakukan pembedahan plastik demi untuk memenangi hati bekas kekasihnya kembali.
Lee Hee Danae, 15, mentransformasi dirinya menjadi anak patung Barbie hidup demi merealisasikan hasratnya itu.
Dia dikatakan melakukan pembedahan bagi mencantikkan lagi bahagian rahang, dagu dan matanya.
Lee yang berasal dari Wilayah Henan memuat naik gambarnya ke laman sosial Weibo dan pengikutnya kini mencapai kira-kira 400,000 orang.
Tidak dapat dipastikan jika usaha Lee ini membuahkan hasil atau jika bekas teman lelakinya mahu kembali ke pangkuannya, namun ramai pengikut di laman berkenaan memberi komen yang Lee "terlalu cantik untuk dipandang."
Sesetengah pengikutnya pula mengibaratkan Lee seperti 'semangat ular' yang merupakan sebuah kisah legenda rakyat China.
Pembedahan plastik, khususnya pembedahan pada bahagian kelopak mata dan rhinoplasty amat popular di China.
Pembedahan lazimnya untuk membuat struktur wajah kelihatan tirus di mana ia merupakan lambang kecantikan wanita di negara itu.
Lee Hee Danae, 15, mentransformasi dirinya menjadi anak patung Barbie hidup demi merealisasikan hasratnya itu.
Dia dikatakan melakukan pembedahan bagi mencantikkan lagi bahagian rahang, dagu dan matanya.
Lee yang berasal dari Wilayah Henan memuat naik gambarnya ke laman sosial Weibo dan pengikutnya kini mencapai kira-kira 400,000 orang.
Tidak dapat dipastikan jika usaha Lee ini membuahkan hasil atau jika bekas teman lelakinya mahu kembali ke pangkuannya, namun ramai pengikut di laman berkenaan memberi komen yang Lee "terlalu cantik untuk dipandang."
Sesetengah pengikutnya pula mengibaratkan Lee seperti 'semangat ular' yang merupakan sebuah kisah legenda rakyat China.
Pembedahan plastik, khususnya pembedahan pada bahagian kelopak mata dan rhinoplasty amat popular di China.
sumber: astro awani
'Paracetamol Syrup' keluaran Royce Pharma yang mengandungi alkohol diarah ditarik balik
T K Letchumy Tamboo, Astro Awani | Oktober 14, 2015 11:32 MYT
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan media berkata produk tersebut mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan.
KUALA LUMPUR: Kementerian kesihatan hari ini mengarahkan semua produk paracetamol syrup120mg/15ml keluaran syarikat Royce Pharma Sdn Bhd ditarik balik dari pasaran kerana didapati mengandungi alkohol.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Eisah Rahman dalam satu kenyataan media berkata produk tersebut mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan.
“Syarikat didapati tidak mematuhi spesifikasi tawaran kerana gagal mematuhi pelabelan produk dan telah melanggar syarat pendaftaran.
“Pihak kementerian telah mengarahkan agar syarikat memanggil balik semula produk yang tidak mematuhi syarat label daripada pasaran dan fasiliti yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian, selepas berita mengenai produk terbabit menjadi viral di media sosial.
Beliau turut memberi amaran kepada ibu-bapa untuk tidak memberikannya kepada anak-anak mereka.
Walau bagaimanapun, beliau berkata produk berkenaan telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan didapati mematuhi kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
“Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan yang dilaporkan.
“Pengguna adalah dinasihatkan supaya sentiasa menyemak maklumat sisip dan label bungkusan produk dan memilih produk yang sesuai yang diperlukan,” katanya.
Pengguna boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM menerusi talian 1 800 886 722 atau emel npcc@moh.gov.my untuk keterangan mengenai ubat-ubatan.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Eisah Rahman dalam satu kenyataan media berkata produk tersebut mengandungi alkohol tetapi tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan.
“Syarikat didapati tidak mematuhi spesifikasi tawaran kerana gagal mematuhi pelabelan produk dan telah melanggar syarat pendaftaran.
“Pihak kementerian telah mengarahkan agar syarikat memanggil balik semula produk yang tidak mematuhi syarat label daripada pasaran dan fasiliti yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian, selepas berita mengenai produk terbabit menjadi viral di media sosial.
Beliau turut memberi amaran kepada ibu-bapa untuk tidak memberikannya kepada anak-anak mereka.
Walau bagaimanapun, beliau berkata produk berkenaan telah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan didapati mematuhi kualiti, keselamatan dan keberkesanan.
“Orang awam tidak perlu bimbang kerana walaupun ia mengandungi alkohol dalam had yang dibenarkan, tiada isu keselamatan yang dilaporkan.
Pengguna boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM menerusi talian 1 800 886 722 atau emel npcc@moh.gov.my untuk keterangan mengenai ubat-ubatan.
Monday, 12 October 2015
Kadar Tol Naik, Rakyat Digalakkan Guna Bas
KUALA LUMPUR, 12 Oktober: Penyelarasan kadar tol bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan lebuh raya antara bandar.
Selain itu, kadar tol untuk bas akan kekal seperti mana sekarang dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, terutamanya bas yang akan menjadi satu lagi opsyen mod pengangkutan ke destinasi masing-masing serta mengurangkan aliran trafik atau kesesakan ke pusat bandar.
Menurut Kementerian Kerja Raya, kerajaan juga telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya yang layak mendapat kenaikan tol sejak tahun 2008 sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat
.
Kadar tol baharu. Sumber foto : bharian.com.my
“Oleh itu,kerajaan telah membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terlibat sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi.
“Jumlah pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan dari tahun 2008 hingga 2013 adalah sebanyak RM1,108.91 juta manakala bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM402.99 juta,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, memandangkan pembangunan lebuh raya dibiayai oleh syarikat konsesi, kadar tol perlu dikenakan kepada pengguna untuk membolehkan syarikat tersebut menyelenggara lebuh raya tersebut untuk keselesaan dan keselamatan para pengguna.
Dalam hal ini, katanya, kadar tol yang dikenakan adalah berdasarkan user pay di mana kadar tol dibayar adalah mengikut jarak perjalanan pengguna.
baca selanjutnya - therakyatpost
Jutawan Dihalau Isteri, Jadi Gelandangan Di Depan Rumah Sendiri
Walaupun menerima pelbagai bantuan daripada jiran tetangga dan ahli keluarga, namun isterinya telah memberi amaran kepada sesiapa yang cuba membantu Sharafat. Beliau juga berkeras untuk tidak meninggalkan rumah yang dikatakan miliknya.
Isterinya Shahnaz Khan, 61 tahun seorang doktor didakwa telah merampas kunci dan mengunci semua pintu selain menukar mangga kediaman mewah itu walaupun rumah agam yang berharga berjuta-juta ringgit itu milik mereka berdua.
Menurut kenyataan yang diberi kepada Portal Oddity Central, Sharafat berkata, "Saya tidak mahu keluar dari rumah saya, ini bukan rumah isteri saya sahaja sebaliknya rumah saya juga. Kami bertengkar tentang isu keluarga sehingga saya dihalau keluar dari rumah". - CARI Infonet
Kain chiffon shimmering
Bidang 60'Kain tebal tidak jarang seperti chiffon biasaBerkilat dalam kain, masih berkilat walaupun selepas dibasuh.Tidak mudah renyuk,sejuk dan mudah dibentuk.Boleh dipakai tanpa inner-neckSesuai utk shawl,tudung bawal, dllHarga pasaran RM15/meterKami jual RM10/meterTiada gstMinimum 2 meterpostage rm6 / SS rm10wasap 019 225 2766 zurin
SEJARAH TUDUNG
Sejarah pemakaian tudung kepala ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam, wanita diperintahkan Allah untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah r.a menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Petanda keimanan mereka terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut.
tudung rahib kristian
Dengan berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di kalangan umat Islam.Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islamyang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Merekaberjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara berpakaian. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan.
Shah Iran bersama Isterinya
Shah Iran pada tahun 1936 misalnya memulakan polisi membuka tudung wanita dan memaksa mereka berpakaian cara Barat. Pemandu teksi akan dikenakan denda sekiranya membawa wanita bertudung dan polis disuruh mencabut tudung wanita yang berjalan di jalanraya. Malah arahan diberikan supaya tudung wanita ini dikoyakkan sekiranya mereka memakainya di khalayak umum. Di Malaysia sendiri sebelum tahun 1970-an, amat jarang wanita memakai tudung kecuali mereka di pedalaman dengan fesyen menampakkan jambul.
Dengan bermulanya era kebangkitan Islam zaman 1970-an dan 1980-an, wanita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar. Mereka menyedari kewajiban menutup aurat dan dengan kesedaran dan kerelaan sendiri mereka mula memakai tudung. ‘Tudung dakwah’ adalah sinonim dengan cara pemakaian tudung yang betul mengikut syariat selari dengan golongan dakwah yang mengamalkannya.
Lama-kelamaan amalan ini meresap ke dalam masyarakat sehingga menjadi semacam kewajiban yang tersirat dan dijadikan sebahagian pakaian seragam sekolah. Akibatnya, kian ramai yang mengenakan tudung hanya kerana terpaksa, sebagai pakaian seragam ataupun kerana mengikut perkembangan fesyen semasa dan bukannya bersandarkan kefahaman dan kesedaran untuk mengamalkan syariat Allah. Tidak sedikit yang mencemari kesucian tudung yang dipakai dengan terlibat dalam pelbagai kelakuan yang tidak bermoral lagi sumbang.
Namun, fenomena ini juga tidak bertahan lama. Idea-idea asing atas nama pembebasan wanita dan perjuangan menuntut hak wanita mula bertapak di Malaysia, kali ini dalam bentuk pemikiran Islam Liberal yang mempersoalkan hal tudung ini. Menggunakan platform kebebasan individu utnuk mengamalkan agama dan hak asasi manusia, mereka mempersoal dan menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit dalam masyarakat.
Beberapa peristiwa mutakhir di Malaysia menunjukkan keruncingan kemelut tudung ini. Antaranya:
• Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya yang berumur 15 hingga 18 tahun daripada mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring peringkat negeri kerana membuka tudung semasa bermain [News Straits Times 23 Mac 2006];
• Di Pahang, seorang guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari 2006];
• Seorang pegawai Akaun, Habsah Jaafar dibuang kerja kerana majikannya, Hotel Renaissance tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa bekerja [Utusan Malaysia 27 Februari 2006];
• Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Omar Bakri semasa bertugas pernah memeranjatkan banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis wanita wanita memakai tudung semasa bertugas dengan alasan keseragaman [News Straits Times 22 Mac 2006]; Namun isu ini diredakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa pemakaian tudung hanyalah pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, di mana mereka perlu mengikuti peraturan [Mingguan Malaysia 26 Mac 2006];
Sebelum ini, isu pemakaian tudung pelajar MRSM dan Universiti Islam Antarabangsa telah pun mencetuskan kontroversi. Antara hujah mereka yang menentang penguatkusaan tudung sebagai pakaian seragam samada di sekolah mahupun dalam pasukan beragam adalah kerana ia kononnya mencabuli kebebasan individu dan menurut mereka terdapat khilaf ulama berhubung bentuk pakaian wanita Islam khususnya dalam pentafsiran Surah An Nur ayat 31. Mereka mahukan ayat ini ditafsir semula mengikut citarasa dan kehendak nafsu mereka. Sedangkan jumhur ulama sebenarnya sudah sepakat berhubung dengan maksud ayat ini dan meletakkan garis panduan cara berpakaian bagi wanita dan lelaki menurut syariat (lihat di bawah).
Di peringkat antarabangsa pula, isu tudung bagi wanita Islam terus mencetuskan kontroversi. Kes Ahli Parlimen terkemuka Turki, Merve Safa Kavakci daripada Parti Kebaikan Turki yang dipecat kerana bertudung.
Shabina Begum, 17 tahun di London dan empat pelajar Singapura yang dinafikan persekolahan juga kerana bertudung, terus menjadi antara kes sekularisme vs Islam yang akan tersimpan dalam lipatan sejarah.
Selain itu, tindakan Perancis mengharamkan pemakaian tudung di sekolah awam telah mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Eropah menentang tindakan yang tidak bertamadun ini. Ribuan wanita turun membanjiri jalan raya London membawa sepanduk menegaskan bahawa hijab adalah satu kewajiban dan menjadi pilihan wanita Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka. Hijab juga melambangkan kebebasan, bukan penindasan terhadap kaum wanita. Dengan berhijab, wanita menuntut supaya mereka dinilai dan dilihat atas dasar keimanan dan kebijaksanaan serta budi pekerti dan bukan hanya bahan tontonan objek **** semata-mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)