Wednesday 14 October 2015






KEJADIAN INI BBRP TAHUN LEPAS DI YAN KEDAH

SUNGAI PETANI, 14 Okt: Seorang kanak-kanak perempuan maut apabila terpelanting setelah beg udara kereta yang dipandu oleh abangnya mengembung sewaktu kereta terbabit terlanggar bonggol.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Nur Khyra Amira Azman, 8, bersama dua abangnya yang masing-masing berusia 12 dan 17 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mereka membeli barang di Bandar Puteri Jaya.

Abang mangsa, Along, berkata Khyra duduk di tempat duduk penumpang hadapan disebelahnya dan menyandarkan mukanya di papan dashboard dimana beg udara itu berada.

Adiknya yang berusia 12 tahun pula berada di bahagian belakang.

Menurut ALong, setelah kereta itu terlanggar bonggol terbabit, dia terus menekan brek dan beg udara di dua tempat duduk hadapan kereta mengembung dan terkena adiknya.

"Sebaik kereta berhenti, saya terkejut apabila Khyra tiada di tempat duduknya. Saya keluar dari kereta untuk mencarinya kerana menyangka Khyra tercampak keluar, tetapi menemuinya terperosok di ruang bawah tempat duduk belakang pemandu.

"Dalam keadaan panik, saya memanggil Khyra beberapa kali, namun adik tidak menyahut. Saya mengangkatnya keluar sebelum dua lelaki datang membantu dan menghantarnya ke rumah dengan menaiki motosikal," katanya memetik laporan BHOnline.

Khyra dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim tetapi disahkan sudah meninggal dunia. -Siakapkeli.my

Tuesday 13 October 2015

ANGGUN BERSERI: TUDUNG INSTANT MURAH

TUDUNG INSTANT MAGIC MANIK ALA NEOLOFAR
Jahitan tangan kemas dan cantik
Material : Chiffon
Manik : Batu kristaL
Sarung saja dan siap
Sehelai rm 35
2 helai RM60
tidak termasuk postage
Direct CALL/WASAP/SMS 019 225 2766 utk tempahan


MAKANAN TERLAJAK PELIK

INDONESIA -Bagi yang mementingkan kesihatan - Telur semut yang kaya dengan protein, penuh dengan vitamin, rendah lemak, dan yang penting dari sumber semula jadi. 

Penternakan semut: tetapi tidak ramai orang di dunia bagaimana semut di ternak untuk mendapatkan telurnya. 

Walau bagaimanapun perniagaan semakin pesat membangun untuk penternakan semut di Indonesia, dengan permintaan pasaran tempatan untuk semut dan telur mereka di Indonesia pada paras paling tinggi. 

Penternak boleh menghasilkan 300 pound telur dan beratus-ratus ribu semut sebulan. Ianya kemudian dibungkus dan diedar ke pasaran tempatan di Bogor, Indonesia, di mana permintaan adalah tinggi. Telur-telur semut merupakan makanan alternatif yang kaya dengan protein dan vitamin. 

Ianya boleh digunakan dalam pelbagai resipi - sesetengah orang mendidihnya di dalam sup - '. 
Satu lagi cara yang popular untuk menggunakannya adalah dengan meletakkan beberapa sudu dalam salad dan campurannya ke dalam daun. 

Semut menjadi sebahagian daripada hidangan dalam pelbagai budaya - semut honeypot yang digali dari tanah dan dimakan mentah oleh orang asli di Australia.



 PARKING BASIKAL YG TERLAJAK PELIK


apakah tujuan mereka berbuat begitu, hanya mereka yang tahu hihihihihi...

Berbulan madu di Langkawi, manjanya Abby bersama suami


Bekas penyanyi anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dan suaminya Muhammad Faizal Zakaria telah memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi berbulan madu.
Malah Abby juga telah memuat naik beberapa keping foto percutian mereka di akaun Instagramnya  pada Isnin khas buat tatapan peminat.
Foto yang berlatar belakangkan pemandangan indah di Pulau Langkawi itu jelas menunjukkan bahawa pelakon tersebut sedang meniti hari-hari bahagia bersama suami tersayang.
Selain itu, ruangan komen foto-foto tersebut juga dipenuhi dengan ucapan peminat yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut.
Di sini Astro Gempak ingin berkongsi foto-foto menarik berbulan madu Abby dan Jai yang diambil menerusi Instagram mereka.Terdahulu, Abby dan Jai selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos lalu.
Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Abby kemudiannya menyulam cinta dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar, 25, dan berkahwin pada Julai 2003. Namun jodoh mereka tidak panjang dan pasangan ini bercerai pada Jun tahun lalu.
 sumber: astro awani

‘Dia terlalu cantik untuk dipandang’

loading..Seorang gadis remaja di China menjadi topik perbualan di internet bila bertindak melakukan pembedahan plastik demi untuk memenangi hati bekas kekasihnya kembali.  

Lee Hee Danae, 15, mentransformasi dirinya menjadi anak patung Barbie hidup demi merealisasikan hasratnya itu.

Dia dikatakan melakukan pembedahan bagi mencantikkan lagi bahagian rahang, dagu dan matanya.

Lee yang berasal dari Wilayah Henan memuat naik gambarnya ke laman sosial Weibo dan pengikutnya kini mencapai kira-kira 400,000 orang.

Tidak dapat dipastikan jika usaha Lee ini membuahkan hasil atau jika bekas teman lelakinya mahu kembali ke pangkuannya, namun ramai pengikut di laman berkenaan memberi komen yang Lee "terlalu cantik untuk dipandang."
Ramai pengikutnya di laman berkenaan memberi komen Lee "terlalu cantik untuk dipandang".
Sesetengah pengikutnya pula mengibaratkan Lee seperti 'semangat ular' yang merupakan sebuah kisah legenda rakyat China.

Pembedahan plastik, khususnya pembedahan pada bahagian kelopak mata dan rhinoplasty amat popular di China.

Pembedahan lazimnya untuk membuat struktur wajah kelihatan tirus di mana ia merupakan lambang kecantikan wanita di negara itu.
Lee memuat naik gambarnya di laman web Weibo dan kini punya 400,000 pengikut

sumber: astro awani